AS arah kakitangan kedutaan tinggalkan Arab Saudi

AS arah kakitangan kedutaan tinggalkan Arab Saudi

GAMBAR fail Kedutaan Amerika Syarikat di Riyadh. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengarahkan kakitangan bukan penting di kedutaannya dan anggota keluarga mereka meninggalkan Arab Saudi, menurut Jabatan Negara pada Rabu, ketika kerajaan itu terus berdepan serangan maut oleh kumpulan Houthi di Yaman.

“Houthi yang disokong Iran semakin kerap melancarkan serangan terhadap Arab Saudi, termasuk menyasarkan lapangan terbang awam dan infrastruktur kritikal lain sehingga mengakibatkan korban dalam kalangan orang awam serta gangguan perjalanan yang serius,” kata jurucakap Jabatan Negara, Tommy Pigott dalam hantaran media sosial bagi menjelaskan langkah itu.

“Keselamatan kakitangan Jabatan Negara dan anggota keluarga mereka kekal menjadi keutamaan tertinggi kami,” tambahnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sumber diplomatik di Asia Barat memberitahu AFP bahawa beberapa keluarga kakitangan kedutaan AS  turut dibawa keluar dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Jordan, Qatar dan Bahrain. 

Bagaimanapun, Pigott menegaskan arahan yang dikeluarkan pada Rabu itu hanya melibatkan pemergian kakitangan kedutaan bukan kecemasan dan anggota keluarga mereka dari Arab Saudi.

Bulan ini, Arab Saudi hampir setiap hari berdepan serangan oleh kumpulan Houthi yang disokong Iran.

Ia  termasuk serangan terhadap lapangan terbang antarabangsa Riyadh yang mengakibatkan jumlah kematian tertinggi di negara itu dalam tempoh beberapa tahun, ketika konflik dengan kumpulan berkenaan semakin memuncak.

Pada akhir Februari, AS dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran yang mengorbankan pemimpin tertinggi negara itu serta beberapa komander kanan tentera.

Iran cuba menyekat Selat Hormuz dengan mewajibkan semua kapal mendapatkan kebenarannya sebelum melintasi laluan itu. 

Dalam keadaan aman, laluan perairan strategik berkenaan membawa kira-kira satu perlima daripada bekalan minyak dunia.

Sebagai tindak balas, AS mengenakan sekatan balas terhadap pelabuhan dan kapal Iran. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini