‘Perjalanan umrah jemaah Malaysia tidak terjejas’

‘Perjalanan umrah jemaah Malaysia tidak terjejas’

ORANG ramai perlu mematuhi arahan keselamatan ditetapkan pihak berkuasa. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perjalanan umrah jemaah Malaysia ke Tanah Suci tidak terjejas susulan amaran bahaya yang dikeluarkan pihak berkuasa Arab Saudi melibatkan Makkah dan tiga kawasan lain kelmarin.

Presiden Pengembaraan Agensi Pelancongan Selangor (SAFFTA), Dr. Fathir Badri berkata, keadaan ketika ini masih terkawal dan semua penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Jeddah masih beroperasi seperti biasa.

Katanya, amaran bahaya yang dikeluarkan pihak berkuasa Arab Saudi itu hanya bersifat sementara sebelum ditarik balik kira-kira 10 minit kemudian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Buat masa ini, perjalanan masih berjalan mengikut perancangan dan tiada gangguan terhadap perjalanan umrah di Makkah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sabtu lalu, media melaporkan Arab Saudi mengeluarkan amaran bahaya melibatkan wilayah Makkah serta bandar Jeddah, Taif dan Yanbu susulan kemungkinan ancaman keselamatan.

Bagaimanapun, Pertahanan Awam Arab Saudi kemudian memaklumkan keadaan bahaya telah berlalu, namun orang ramai masih diminta mematuhi arahan keselamatan yang ditetapkan pihak berkuasa.

Fathir berkata, laporan mengenai amaran bahaya tanpa perkembangan susulan berhubung penarikannya boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan bakal jemaah.

Sehubungan itu, perkembangan terkini mengenai situasi keselamatan perlu turut dilaporkan supaya orang ramai mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan semasa di Tanah Suci. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini