Bissoli kembali perkuat Buriram

Bissoli kembali perkuat Buriram

Guilherme Bissoli (kiri) dijangka kembali beraksi dalam final Kejuaraan Kelab ASEAN 2026 hari ini selepas menjalani hukuman gantung satu perlawanan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Buriram United bakal diperkuatkan semula penyerang utama, Guilherme Bissoli menjelang aksi timbal balik final Kejuaraan Kelab Asean(ACC) 2026 menentang Selangor FC di Stadium Chang Arena, malam ini

Penyerang dari Brazil itu kembali memperkuatkan pasukan apabila sebelum ini terpaksa digantung satu perlawanan.

Kehadirannya semula dilihat tepat pada masanya ketika Buriram membawa kelebihan satu gol dalam misi memburu kejuaraan di laman sendiri.

Bissoli, yang telah meledak enam gol musim ini, menjadi antara watak penting dalam kempen Buriram apabila menyumbang kepada keseluruhan 19 gol pasukan dalam lapan perlawanan sekaligus rekod tertinggi kejohanan setakat ini.

Ketua jurulatih Buriram, Mark Jackson, tidak menafikan impak besar yang dibawa oleh penyerang berusia 25 tahun itu, namun menegaskan pasukannya tidak boleh sesekali leka dengan kelebihan tipis yang dimiliki.

“Kami menjangka perlawanan berbeza di tempat sendiri. Ini belum selesai dan kami perlu kekal fokus,” katanya.

Kembalinya Bissoli dijangka memberi dimensi baharu kepada serangan Buriram, khususnya dalam misi mereka mengesahkan kejuaraan di laman sendiri, namun amaran awal jelas tiada ruang untuk kesilapan di pentas berintensiti tinggi ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN