Hamidin tidak akan berundur

Hamidin tidak akan berundur

HAMIDIN MOHD AMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan beliau sama sekali tidak akan melepaskan jawatannya sehingga tempoh perkhidmatannya berakhir pada tahun hadapan.

Hamidin berkata, beliau bersama barisan exco badan induk bola sepak negara itu sudah melakukan yang terbaik sepanjang perkhidmatan sejak 2018 termasuk dalam usaha menaikkan ranking skuad kebangsaan.

“Orang yang nak saya letak jawatan ini adalah ‘netizen’, saya ada disiplin saya, kita ada struktur dan ada masa untuk lepas jawatan. Cukup saya katakan saya dan barisan saya sudah buat yang terbaik dan FIFA ranking naik.

“Kena ingat, nak jadi Presiden FAM ini bukan jaga Harimau Malaya sahaja, bola wanita, futsal dan banyak lagi termasuk pejabat baharu dan NTC (Pusat Latihan Kebangsaan), komitmen FIFA dan AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia).

“Bagi pihak saya sendiri, saya sudah bincang dengan pegawai tertinggi, tempoh kita dah nak habis tahun depan. Mungkin akan umum kongres pemilihan (dalam masa terdekat) dan sesiapa sahaja boleh bertanding.

“Kalau orang nak saya, boleh pilih saya dan kalau tak nak, saya sedia berundur. Itu perkara kecil, yang penting saya buat ni untuk negara saya dan orang boleh tengok rekod. Kalau orang tak suka dengan kita, tetap tidak suka,” kata Hamidin.

Sebagai rekod, Hamidin yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung FAM mencipta sejarah apabila menjadi orang pertama yang bukan dalam kalangan kerabat diraja atau ahli politik dipilih sebagai Presiden FAM.

Hamidin dipilih sebagai Presiden FAM pada Julai 2018 bagi menggantikan penyandangnya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang melepaskan jawatannya pada Mac 2018.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN