Jonah suka berkebun, sayang pokok dabai

Jonah suka berkebun, sayang pokok dabai

AKSI Jonah ketika bersaing dalam acara lontar peluru akhir Sukma 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kerinduan jaguh lontar peluru negara, Jonah Chang Rigan terhadap pokok dabai miliknya bakal terubat apabila beliau mengambil keputusan berehat seketika selepas meraih emas di Sukan Malaysia (Sukma) 2024.

Jonah mengambil keputusan untuk berehat di kampung halaman selama sebulan di Sarikei untuk memastikan kecederaan dada yang dialami kembali pulih dan dalam masa yang sama, beliau akan menggunakan masa yang ada untuk berkebun.

“Mungkin dalam sebulan juga akan pulih. Selepas ini saya akan bercuti dan balik ke kampung di Sarikei. Saya rindu kampung, tanaman dan nak berkebun. Aktiviti berkebun, tanam pokok buah-buahan adalah hobi saya.

“Kalau yang popular di sini adalah buah dabai tetapi saya juga ada tanam pokok durian, petai dan pisang. Kalau ikutkan pokok dabai adalah pokok kesayangan saya,” katanya.

Dalam saingan di Stadium Sarawak kelmarin, Jonah menepati ramalan untuk raih pingat emas malah catatan 17.66 meter (m) dilakukannya turut memperbaharui rekod Sukma milik Adi Aliffdin Husin yang dilakukan pada edisi 2010.

Mengulas mengenai pencapaiannya kali ini, Jonah tidak menafikan timbul perasaan ralat kerana tidak mampu melakukan lontaran lebih baik.

“Ada rasa (ralat) kerana walaupun dapat pingat emas, keputusan tidak begitu bagus. Tidak boleh tunjuk kepada penyokong, hanya pendam sendiri. Boleh senyum tetapi dari dalam sakit,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN