Hang Seo antara calon kendali Harimau Malaya

Hang Seo antara calon kendali Harimau Malaya

PARK Hang Seo ketika mengemudi skuad kebangsaan Vietnam.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin mendedahkan bekas ketua jurulatih Vietnam, Park Hang Seo antara individu yang berminat untuk mengendalikan Harimau Malaya.

Menurut Hamidin, ada beberapa nama besar telah bertindak menghubungi FAM untuk mengisi posisi yang ditinggalkan oleh Kim Pan Gon selepas jurulatih dari Korea Selatan itu melepaskan jawatan pada bulan lalu.

“Ada beberapa nama besar yang hubungi FAM selepas Pan Gon tinggalkan kita dan salah seorangnya ialah Hang Seo, saya sahkan perkara itu, Nama-nama lain biarlah dahulu dan kita akan buat pilihan terbaik.

“Kita akan buat ‘homework’ dahulu kerana kita kena ambik jurulatih yang faham kualiti dan musuh yang bakal kita hadapi, kita bukannya mahu lawan Brazil dan sebagainya,” kata Hamidin.

Ini boleh dikatakan peluang kedua untuk Hang Seo menjadi ketua jurulatih Harimau Malaya selepas bekas jurulatih Vietnam itu sebelum pelantikan Pan Gon juga pernah membuat permohonan kepada FAM.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN