Keluarga pada mulanya tidak sokong ‘Sekys’

Keluarga pada mulanya tidak sokong ‘Sekys’

Sekys 'dua dari kiri dan SRG telah mengharumkan nama Malaysia apabila menjuarai MLBB 2024 yang berlangsung di Amazon Arena Riyadh, Arab Saudi, Ahad lalu dan membawa pulang wang tunai berjumlah USD1,000,000 (RM4,669,303.78).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pemain paling bernilai Mid Season Cup (MSC) Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024, Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman mengakui dia terpaksa berdepan dengan kesukaran sebelum mencipta kejayaan yang dikecapinya sekarang.

Pemain berusia 18 tahun itu yang lebih dikenali Sekys mengakui pembabitannya dalam e-sukan tidak mendapat sokongan daripada keluarga namun hasil usaha keras yang dilakukannya sehingga mampu menjana pendapatan sampingan telah mengubah segala-galanya.

Katannya setiap individu yang mahu menceburi dalam e-sukan perlu menunjukkan hasil terbaik setiap kali menyertai kejohanan agar dapat mengubah persepsi terutamanya ibu bapa terhadap sukan itu.

“Jika anak-anak muda yang ceburi yang mereka minat perlu lakukan secara serius, jangan putus asa sebab pembabitan awal saya dulu memang dipandang negatif.

“(Namun) bila dah tunjukkan hasil ibu bapa akan terima secara perlahan-lahan sebab saya baru habis SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) jadi memang kena disiplin kalau nak menjadi pemain profesional dan belajar pada masa sama,” katanya.

Sekys bersama pasukannya Selangor Red Giants (SRG) ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam yang turut dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor Mohd Najwan Halimi.

Sekys dan SRG telah mengharumkan nama Malaysia apabila menjuarai MLBB 2024 yang berlangsung di Amazon Arena Riyadh, Arab Saudi, Ahad lalu dan membawa pulang wang tunai berjumlah AS$1 juta (RM4.7 juta).

Atlet e-sukan dari Terengganu yang juga merupakan jungler SRG enggan mendabik dada dengan kejayaan yang dilakukan sebaliknya mengakui masih terdapat ruang yang perlu diperbaiki.

“Sejujurnya rasa macam tak cukup lagi sebab kalau nak bandingkan dengan jungler dunia lain dah banyak piala antabangsa namun saya baru satu.

“Sedikit sebanyak mungkin akan ada tekanan (kejohanan selepas ini) tetapi apa-apa pun kita akan cuba buat yang terbaik dan teruskan momentum,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN