Skuad Identity V negara raih gangsa

Skuad Identity V negara raih gangsa

Pingat itu juga menyaksikan skuad negara tetap membawa pulang hasil daripada penampilan mereka dalam acara e-sukan berkenaan meskipun gagal meneruskan cabaran hingga ke perlawanan akhir.-MESF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Impian skuad e-sukan Identity V negara untuk melangkah ke pentas final Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 lebur selepas tewas 0-2 kepada Jepun dalam aksi separuh akhir di Aichi Sky Expo, hari ini.

Malaysia yang turun dalam format tiga terbaik (best-of-three) gagal mengekang asakan pasukan tuan rumah sekali gus terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.

Skuad negara dibarisi Gan Hong Ming, George Chin, Yiau Wen Feng, Vincent Yii, Nicky Ho, Ng Wei Hao dan Cheah Euggee.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jepun pula mempertaruhkan Ryo Kamira, Yuto Awata, Masumi Konuma, Masahiro Uemura, Ryuhi Oyama, Kentaro Maeda dan Masaki Uenaka.

Kekalahan itu menyaksikan Jepun mara ke final untuk menentang pemenang satu lagi separuh akhir antara Taiwan dan China.

Bagi Malaysia, gangsa yang diraih menjadi penamat kempen Identity V negara pada temasya Aichi-Nagoya 2026.

Pingat itu juga menyaksikan skuad negara tetap membawa pulang hasil daripada penampilan mereka dalam acara e-sukan berkenaan meskipun gagal meneruskan cabaran hingga ke perlawanan akhir.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×