Faizal masih ada sentuhan berbisa

Faizal masih ada sentuhan berbisa

FAIZAL Saari terus menjadi pemain harapan Speedy Tigers di bahagian serangan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyerang senior, Faizal Saari terus menjadi ayam tambatan Speedy Tigers apabila meledak dua gol ketika menumpaskan Belgium B dalam Siri Jelajah Eropah, kelmarin.

Kemenangan 3-2 pada pertemuan ketiga antara kedua-dua pasukan itu terhasil menerusi dua gol Faizal dan satu gol adiknya, Fitri berjaya menghadiahkan kemenangan kepada kem negara.

Speedy Tigers mendahului permainan 3-0 sebelum lawan bangkit untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan 3-2 di Sportcentrum Wilrijkse Plein di Antwerp, Belgium.

Selepas tiga perlawanan menentang Belgium B, Faizal menjaringkan lima gol, Fitri dua manakala Azrai Aizad Abu Kamal menyumbanghkan satu gol.

Ketua jurulatih hoki negara, Sarjit Singh mengakui masih ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki dalam pasukannya biarpun berjaya melakar kejayaan.

Sarjit berkata, secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan tiga perlawanan menentang Belgium B dan kredit perlu diberikan kepada anak-anak buahnya yang menunjukkan persembahan positif.

“Permulaan yang baik untuk perlawanan ketiga dan pasukan berjaya mendahului 3-0. Ada beberapa perubahan posisi pemain dibuat hari ini di mana Marhan Jalil bermain di posisi tengah kiri.

“Seterusnya kita akan ke Jerman, kami berharap dapat membuat penambahbaikan beberapa perkara seperti struktur bertahan, klinikal di hadapan gol lawan.

“Pasukan juga akan memberi fokus untuk memperbaiki pertahanan agar lebih baik apabila menghadapi pukulan sudut penalti dan lain-lain,” katanya.

Malaysia menewaskan Belgium 3-2 pada aksi pertama pada Isnin lalu sebelum tewas kepada lawan yang sama 4-2, Rabu lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN