Azeem idam pecah rekod kebangsaan di Paris

Azeem idam pecah rekod kebangsaan di Paris

MUHAMMAD Azeem Fahmi bersama peminat-peminat yang hadir memberi sokongan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 di Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang baru-baru ini. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penampilan sulung jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi di Sukan Olimpik Paris 2024 ini bukan sekadar melengkapkan kuota semata-mata.

Sebaliknya, atlet kelahiran Teluk Intan, Perak itu menetapkan sasaran untuk memperbaiki rekod 100 meter (m) kebangsaan yang dilakukannya dengan catatan masa 10.09 saat (s).

“Ini peluang terbaik untuk saya memperbaiki diri sendiri. Saya mahu berikan yang terbaik pada karier saya. Sukan Olimpik adalah pentas terbaik. Matlamat saya adalah memecahkan rekod kebangsaan atau membuat catatan terbaik di sana,” katanya.

Azeem mencipta rekod 100m kebangsaan ketika beraksi di Kejohanan Olahraga Bawah 20 tahun Dunia di Colombia pada Ogos 2022.

Atlet berusia 20 tahun itu beraksi di Olimpik Paris menerusi slot wildcard selepas Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) membuat keputusan untuk memilihnya pada minggu lalu.

Azeem turut membantu kontinjen negara pada temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) di Surabaya-Malang, Indonesia yang melabuhkan tirainya semalam apabila memenangi pingat emas bagi acara 4x100m dan 200m selain perak bagi acara 100m.

Mengulas lanjut mengenai persiapannya ke Paris, Azeem berkata dia akan mengadakan perjumpaan bersama Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara).

“Saya ada tempoh kurang daripada sebulan untuk melakukan pemulihan. Selepas pulang dari Indonesia saya akan berbincang bersama ISN dan MSN mengenai perjalanan saya ke Sukan Olimpik,” katanya lagi.

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN