Adidas Malaysia meriahkan Euro 2024

Adidas Malaysia meriahkan Euro 2024

BARISAN Kesebelasan Jerman yang memulakan aksi pertama Euro 2024.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sempena saingan Euro 2024 yang akan berlangsung selama sebulan, adidas Malaysia turut menyemarakkan lagi Kejohanan Eropah itu dengan membawa barangan-barangan eksklusif kepada peminat-peminat di Malaysia.

Selain itu, jersi-jersi adidas yang digunapakai oleh pasukan bertanding di Euro 2024 antaranya Jerman, Sepanyol,Itali, Belgium dan banyak lagi.

Dalam masa sama, but adidas F50 dan bola rasmi kejohanan juga boleh didapatkan di outlet-outlet terpilih di sekitar Lembah Klang.

Malah, pelbagai aktiviti turut anjurkan sempena memeriahkan lagi Euro 2024 dengan bermula di IOI City Mall pada 14 hingga 22 Jun manakala di Mid Valley Megamall (24 Jun- 7 Julai).

Peminat-peminat bola sepak negara berpeluang menikmati tawaran hebat terhad yang ditawarkan kepada yang mengunjungi outlet-outlet adidas yang terpilih.

Kemudian, bermula dari 1 Julai hingga 14 Julai nanti, adidas Malaysia akan mengadakan penganjuran acara terbesar di Sunway Pyramid, dengan pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung.

Antara aktiviti disediakan antaranya zon permainan PlayStation, ‘photo booth’ serta kawasan FootGolf interaktif, acara ini sesuai untuk melibatkan peminat bola sepak daripada semua peringkat umur.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN