Ronaldo perlu lupakan aksi antarabangsa

Ronaldo perlu lupakan aksi antarabangsa

CRISTIANO Ronaldo masih menjadi tonggak utama Portugal kelayakan di Piala Dunia 2026. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas bintang Liga Perdana Inggeris (EPL), Roy Keane, Gary Neville dan Ian Wright bersetuju Cristiano Ronaldo perlu melupakan kancah bola sepak antarabangsa.

Portugal muncul antara pasukan pilihan awal untuk menjuarai Euro 2024, namun mereka tersingkir selepas tumpas menerusi penentuan sepakan penalti kepada Perancis di suku akhir.

Ronaldo diturunkan dalam kesebelasan utama semua lima perlawanan pasukannya namun gagal menjaringkan sebarang gol buat skuad kendalian Roberto Martinez.

Difahamkan dia beraksi kejohanan terakhir buat negaranya di Jerman kerana dia akan berusia 41 tahun pada pusingan akhir Piala Dunia akan datang dan Keane, Neville dan Wright berasakan ia masanya untuk melangkah pergi.

“Portugal patut berasa amat kecewa (tersingkir daripada Euro 2024) kerana betapa bagusnya mereka apabila anda lihat mereka dari benteng pertahanan hingga ke serangan.

“Cara dia (Ronaldo) beraksi pada Euro 2024 tidak sehebat seperti dulu, pastinya Diogo Jota berasa amat kecewa dia tidak dapat turun ke padang.

“Apa yang saya lihat dia (Ronaldo), dia tidak mampu lagi berada pada tahap ini. Sebagus mana dia pun, secergas mana dia pun, semangat juang dia pun, anda boleh lihat dia tidak mampu untuk melakukan jaringan, gerakan dengan satu tandukan, dia tidak dapat melepasi seorang pemain pertahanan kini,” kata Wright.

Sementara itu, Keane berkata, Ronaldo sepatutnya berehat dan melupakan kancah bola sepak antarabangsa dan beri tumpuan kepada aksi peringkat kelab sahaja.

“Kita lihat kepada (Harry) Kane apabila Kane kurang berfungsi dan penjaring utama anda tidak beraksi baik, anda bermain dengan 10 orang. Apabila anda bermain di tahap tertinggi, anda tidak boleh membawa sesiapa saja.

“Dia (Ronaldo) boleh terus bermain tetapi tidak bagi bola sepak antarabangsa. Berapa ramai pemain yang kita ketahui berhenti beraksi di peringkat antarabangsa pada usia muda dan jelas meneruskan karier yang bagus di peringkat kelab,” kata Keane.

Dalam pada itu, Neville pula mencadangkan kehadiran Ronaldo boleh mendatangkan mudarat terhadap pasukannya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN