Wan Kuzain 'lulus' main Malaysia

Wan Kuzain ‘lulus’ main Malaysia

WAN KUZAIN WAN KAMAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Pemain kelahiran Amerika Syarikat (AS), Wan Kuzain Wan Kamal telah mendapat ‘lampu hijau’ untuk menyarung jersi Malaysia.

Menerusi laman Transfermarkt menyatakan status kewarganegaraan pemain berusia 25 tahun itu sudah berubah kepada Malaysia sekali gus layak untuk dirinya menabur bakti bersama skuad Harimau Malaya.

Perkata itu turut diperkuatkan lagi apabila abangnya yang juga Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tampil menyatakan bahawa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah berhubung dengan Wan Kuzain untuk tujuan berkenaan.

“Banyak komen biadap daripada ‘haters’ yang terpaling bola.FAM sudah pun berhubung dengan Wan Kuzain untuk sarung jersi Harimau Malaya,” tulis Wan Ahmad Fayhsal di laman sosial X.

Terdahulu, Wan Kuzain berstatus sebagai warganegara Amerika Syarikat memandangkan pemain tengah itu lahir di Carbondale dan turut pernah mewakili pasukan bawah 17 tahun Amerika Syarikat.

Wan Kuzain yang kini bermain untuk St. Louis 2 bagaimanapun menjadi mangsa cemuhan segelintir penyokong bola sepak tempatan yang tidak puas hati dengan tindakannya memperlekeh panggilan ke skuad Malaysia suatu ketika dahulu.

Begitupun, disebalik kritikan melampau yang diterima Wan Kuzain, masih ramai peminat tetap memberikan sokongan kepada pemain itu untuk menyarung jersi Malaysia.

Selain itu, bapa kepada Wan Kuzain iaitu Wan Kamal memberikan isyarat bahawa anaknya bakal menyertai kem latihan skuad Harimau Malaya.

“Kuzain akan tiba tidak lama lagi,” tulis Wan Kamal di laman Facebook.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya