PM umum bantuan tambahan RM1 juta untuk peniaga kecil

PM umum bantuan tambahan RM1 juta untuk peniaga kecil

ANWAR Ibrahim ketika beramah mesra bersama peniaga pada Majlis Perasmian Penutupan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) peringkat Kebangsaan, di sini hari ini. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penyaluran peruntukan RM1 juta kepada Kementerian  Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk diselaraskan bagi membantu persatuan penjaja dan peniaga kecil.

Perdana Menteri berkata, peruntukan tambahan itu akan diberikan kepada penjaja dan pengusaha gerai yang perlu dibantu menerusi penyusunan peruntukan secara lebih terancang 

Menurut beliau, peruntukan itu juga perlu dimanfaatkan bagi memastikan golongan terbabit mencatat peningkatan pendapatan setiap tahun. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi saya, kalau kita dapat bantu penjaja dan peniaga kecil, dia  akan bantu sejuta lagi ahli keluarga lain negara kita.

“Justeru atur (peruntukan RM1 juta) baik-baik bantu supaya setiap tahun ada peningkatan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Penutupan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) peringkat Kebangsaan di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini