Klinsmann salahkan pengadil selepas gagal tumpaskan Malaysia

Klinsmann salahkan pengadil selepas gagal tumpaskan Malaysia

ROMEL Morales menjaringkan gol penyamaan untuk menjadikan kedudukan kedukan Malaysia dan Korea Selatan terikat 3-3 dalam aksi Kumpulan E, Piala Asia 2023.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Pengendali Korea Selatan, Jurgen Klinsmann berkata, kesilapan pengadil telah menyebabkan pasukan terikat 3-3 dengan Malaysia dalam aksi terakhir Kumpulan E, Piala Asia 2023.

Jurulatih kelahiran Jerman itu berkata, pengadil tidak sepatutnya memberikan sepakan penalti kepada Malaysia selain gol ketiga skuad kendalian Kim Pan Gon juga boleh dipertikaikan.

“Permainan menarik, enam gol berjaya dihasilkan termasuk gol minit-minit akhir kem Malaysia. Jelas sekali saya marah dengan gol yang dihasilkan lawan, saya rasa ia bukan sepakan penalti, tiada penalti.

“Ada satu lagi gol juga tidak sepatutnya diberikan, namun ia sudah diberikan (gol ketiga Malaysia),” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Dalam perlawanan di Stadium Al Janoub itu, pemain gantian Romel Morales muncul wira Malaysia apabila meledak gol penyamaan pada minit-minit terakhir masa kecederaan.

Sebelum itu, dua gol Malaysia terhasil menerusi jaringan menarik Faisal Halim pada minit ke-51 dan sepakan penalti yang disempurnakan Arif Aiman Hanapi pada minit ke-62.

Kejayaan mengikat gergasi Asia itu membolehkan Malaysia membawa pulang satu mata selepas tewas dalam dua perlawanan awal peringkat kumpulan iaitu tunduk 0-4 kepada Jordan dan tumbang 0-1 kepada Bahrain.

Gol Taeguk Warriors dalam perlawanan tersebut dihasilkan oleh Jeong Woo Yeong pada minit ke-21, Lee Kang In (M-83) dan dan Son Heung Min (M-94) menerusi sepakan penalti.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya