Great Britain benam Speedy Tigers 4-1

Great Britain benam Speedy Tigers 4-1

MALAYSIA tumpas buat kali kedua dalam aksi kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 yang berlangsung di Muscat, Oman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peluang Speedy Tigers untuk beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 semakin tipis selepas tewas 1-4 di tangan Great Britain dalam saingan peringkat Kumpulan A kelayakan Olimpik di Muscat, Oman awal pagi tadi.

Ia merupakan kekalahan kedua berturut-turut anak-anak buah Arul Selvaraj di Stadium Hoki Oman itu selepas tumpas 2-3 kepada China pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan A.

Great Britain yang berada di ranking keempat dunia terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti Will Calnan pada minit ke-19.

SHAHRIL Saabah menjaringkan satu gol ketika Malaysia tumpas 1-4 kepada Great Britain dalam aksi kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.

Tersentak dengan jaringan itu, skuad negara memperkemaskan rentak permainan dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Muhammad Shahril Saabah pada minit ke-26 juga menerusi pukulan sudut penalti.

Great Britain meraih gol kedua menerusi Sam Ward yang menyudahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-32 sebelum Zachary Wallace meledak gol ketiga pasukan selang tujuh minit kemudian.

Dua minit sebelum permainan tamat, Ward memastikan Great Britain terus unggul dihadapan apabila beliau menjaringkan gol keempat pasukan yang juga gol keduanya pada perlawanan tersebut.

Kemenangan itu meletakkan Great Britain ditangga teratas Kumpulan A dengan enam mata, manakala China di tempat kedua berkongsi tiga mata dengan Pakistan di tempat ketiga, manakala Malaysia di tangga tercorot tanpa sebarang mata.

Speedy Tigers tidak mempunyai pilihan lain selain perlu menumpaskan Pakistan dengan jaringan besar dalam perlawanan ketiga serta mengharapkan Great Britain menumpaskan China pada perlawanan terakhir kumpulan Jumaat ini.

Seandainya situasi itu menjadi kenyataan, ia akan meletakkan Speedy Tigers di dua kedudukan teratas kumpulan bagi melayakkan diri ke saingan separuh akhir.

Kejohanan Kelayakan Olimpik 2024, di Muscat merupakan pentas terakhir bagi semua pasukan beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 dengan tiga pasukan terbaik akan meraih slot ke temasya terbesar dunia itu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya