Lesen Kebangsaan Kelantan FC ditangguh sehingga Disember

Lesen Kebangsaan Kelantan FC ditangguh sehingga Disember

KELANTAN FC bergelut musim ini di saingan Liga Super.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 10 kelab berjaya mendapatkan Lesen Kebangsaan manakala tiga lagi kelab diberikan Lesen Kebangsaan berserta hukuman menyaksikan mereka layak bertanding dalam saingan Liga Super 2024-2025.

Bagi musim 2024-2025, 10 kelab yang diberikan Lesen Kebangsaan adalah Johor Darul Ta’zim (JDT), Perak FC, Sri Pahang FC, Selangor FC, Terengganu FC, Penang FC, Kuching City FC, Kedah Darul Aman FC, Negeri Sembilan FC dan PDRM FC.

Tiga kelab yang diberikan Lesen Kebangsaan berserta hukuman adalah Kuala Lumpur City FC, Kelantan United FC dan Sabah FC dengan ketiga-tiga kelab tersebut didenda sebanyak RM20,000 atas kesalahan melakukan deklarasi yang salah.

Bagaimanapun, keputusan lesen bagi Kelantan FC ditangguhkan sehingga Disember ini kerana biarpun tidak memiliki rekod tunggakan gaji pemain dan pegawai pada 30 Jun, namun didapati mereka memiliki tunggakan gaji di dalam deklarasi 31 Ogos.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya