Messi julang Ballon d'Or buat kali ke lapan

Messi julang Ballon d’Or kelapan

LIONEL Messi dipilih selaku pemenang Ballon d'Or selepas cemerlang bersama Argentina musim lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Lionel Messi memenangi gelaran Ballon d’Or kelapan dalam kariernya, manakala pemenang Piala Dunia Wanita dari Sepanyol, Aitana Bonmati pula mengungguli kategori wanita.

Messi terpilih sebagai pemenang Ballon d’Or selepas membantu Argentina menjuarai Piala Dunia di Qatar tahun lalu, di mana dia meledak tujuh gol dan dinobatkan pemain terbaik kejohanan.

Pemilihan kapten Argentina itu juga menyaksikan dia mengetepikan penyerang berbisa Manchester City, Erling Haaland dan bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe.

“Ini hadiah untuk pasukan Argentina di atas pencapaian kami. Selamat Hari Jadi Diego (Maradona). Ini juga untuk anda,” kata Messi yang menerima trofi daripada legenda England, David Beckham.

Mbappe menjadi pesaing utama Messi untuk anugerah itu selepas dia muncul selaku penjaring terbanyak Piala Dunia dengan lapan gol, termasuk hatrik di final namun pasukannya, Perancis tewas kepada Argentina menerusi penentuan sepakan penalti.

Bagaimanapun, berdasarkan undian, bekas rakan sepasukan Messi di PSG itu berada di tangga ketiga, di belakang Haaland yang meledak 52 gol dalam 53 penampilan untuk City ketika menjuarai treble musim lalu.

Sementara itu, Bonmati yang mengungguli kategori wanita juga dinilai berdasarkan kejayaannya membantu skuad Barcelona menjuarai Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

Dalam pada itu, bintang Real Madrid, Jude Bellingham memenangi Trofi Kopa untuk pemain terbaik di bawah usia 21 tahun musim lalu.

Pemain 20 tahun itu memulakan kariernya di Real musim ini dengan cemerlang, meledak 13 gol dalam 13 perlawanan pertama, namun dia memenangi anugerah itu kerana persembahan cemerlangnya di Borussia Dortmund.

Rakan sepasukan Bellingham di Madrid, Vinicius Junior memenangi hadiah Socrates manakala, rakan sepasukan Messi dalam pasukan Argentina, Emiliano Martinez memenangi anugerah penjaga gol terbaik.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya