MADRID: Marc Marquez dilabelkan sebagai seorang yang mementingkan diri oleh orang kanan legenda motosikal Itali, Valentino Rossi, Uccio Salucci.
Salucci yang merupakan pengurus pasukan Mooney VR46 menyelia cabaran kejuaraan MotoGP untuk Marco Bezzecchi, manakala Marquez masih bergelut dengan kecergasan dan keyakinan.
Salucci berada di samping Rossi semasa bersaing sengit dengan Marquez, yang menyaksikan pelumba Sepanyol itu memenangi semua enam gelaran MotoGP ketika itu.
“Setiap kali ada ujian, saya akan lalu di hadapan garaj mereka dan melihat terdapat empat atau lima rangka motor serta swingarms.
“Bila keadaan seperti ini, ia akan menyusahkan mereka. Pada pendapat saya, mereka mengikut telunjuk Marquez.
“Bagaimanapun ketika ini Marquez berdepan masalah dan jika dia tidak berlumba lagi pasti semuanya akan dapat berfikir semula.
“Pada pendapat saya, Marquez juga sangat mementingkan diri sendiri dan ego, dalam erti kata apabila dia tahu ada sesuatu yang boleh membantu penunggang Honda lain, dia menolaknya perubahan itu.
“Ia sekadar pendapat saya, selebihnya saya tidak tahu tetapi saya percaya Honda akan kembali bersaing (rebut kejuaraan) tidak lama lagi,” katanya semalam.
Marquez dikatakan akan kembali cergas di Silverstone hujung minggu ini untuk berlumba dalam MotoGP Britain.
Terdahulu, tiga daripada empat penunggang Honda diketepikan kerana kecederaan.
Dalam perkembangan lain, adakah Marquez akan mengutamakan pembangunan motosikal ‘24 dan kekal bersama Honda tahun depan?. – AGENSI