Liverpool agresif buru Mac Allister

Liverpool agresif buru Mac Allister

Alexis Mac Allister ketika membantu Argentina muncul juara Piala Dunia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Liverpool semakin hampir mendapatkan bintang tengah Argentina, ­Alexis Mac Allister selepas rundingan bersama Brighton kini memasuki fasa baharu.

Pengendali Reds, Jurgen Klopp sedang mencari muka baharu memandangkan Li­verpool kehilangan tonggak tengah, James Milner, Naby Keita dan Alex Oxlade-Chamberlain yang akan mening­galkan pasukan pada musim panas kerana kontrak mereka bakal tamat.

Difahamkan ketika ini, ­Liverpool sudah hampir untuk bersetuju dengan terma peri­badi yang ditetapkan Mac Allister sebelum berunding mengenai harga yuran perpindahan ­dengan Brighton.

Reds semakin bersemangat untuk mendapatkan pemenang Piala ­Dunia 2022 itu selepas pencabar utama mereka, Manchester City menarik diri daripada rundingan.

Liverpool sedia membayar 70 juta pound (RM398.62 juta) bagi mendapatkan pemain berusia 24 tahun itu yang turut menarik minat Manchester United dan Arsenal.

 

Menurut wartawan CBS, Ben Jacobs, Mac Allister tidak berminat terlibat dengan run­dingan panjang, dan mahu proses perpindahan diselesaikan segera.

“Chelsea pernah cuba mendapatkan Mac Allister tetapi mereka meletakkan harga lebih rendah daripada yang Brighton mahukan, lalu beralih kepada sasaran yang lain termasuk rakan sepasukan Mac Allister, Moises Caicedo.

“Tetapi kita akan tunggu dan lihat sama ada pengaruh Mauricio Pochettino akan mengubah perkara ini.

“Setakat ini, segalanya belum selesai antara Mac Allister dan Liverpool mahupun Liverpool dengan Brighton.

“Begitupun terdapat keyakinan daripada pihak Liverpool dan bagi saya, mereka amat ke hadapan dalam rundingan seperti ini. Seperti yang kita tahu, Liverpool suka melakukan urusan mereka awal,” jelas Jacobs. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya