Hakim Danish lengkap aksi di kedudukan ketiga pada ETC

Hakim Danish lengkap aksi di kedudukan ketiga pada ETC

HAKIM DANISH menamatkan aksinya di kedudukan ketiga dalam Perlumbaan 1 pada ETC di Litar Estoril, Portugal, hari ini. - Ihsan ZK Racing
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Muhammad Hakim Danish Ramli terus mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa, selepas pelumba remaja negara itu melengkapkan aksinya di kedudukan ketiga pada  European Talent Cup (ETC) 2023 di Litar Estoril, Portugal, sebentar tadi.

Remaja berusia 16 tahun itu yang mewakili pasukan Monlau Motul dan memulakan saingan di petak pertama melakar masa 26 minit 49.306 saat (s) untuk mencatat keputusan podium.

Pelumba Sepanyol, Brian Uriarte muncul juara setelah mencipta masa terpantas 26:49.252s, manakala Rico Salmela dari Finland berada di tangga kedua (26:49.291s).

Keputusan podium tersebut adalah yang kedua dicatat Hakim Danish, musim ini, setelah dia turut berjaya berbuat demikian dalam Perlumbaan 2 pada Red Bull MotoGP Rookies Cup di Litar Antarabangsa Algarve juga di Portugal, Mac lalu.

Selepas muncul pelumba pertama Malaysia menjuarai Asia Talent Cup pada tahun lepas, anak muda kelahiran Terengganu itu mencabar dirinya bersaing di pentas Eropah secara sepenuh masa, musim ini.

Hakim Danish yang pernah menaiki podium sebanyak dua kali pada ETC, tahun lalu, membuat penampilan sulung dalam Red Bull MotoGP Rookies Cup 2023.

Dia kini berada di tempat ketujuh setelah mengumpul 39 mata dalam senarai pelumba Red Bull MotoGP Rookies Cup.

Dalam ETC, Hakim Danish juga berdepan pencabar yang sama seperti Salmela, Maximo Quiles, Dodo Baggio dan Guido Pini yang turut bersaing dalam Red Bull MotoGP Rookies Cup. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya