Sri Pahang, Sabah terikat 1-1

Sri Pahang, Sabah terikat 1-1

PEMAIN Sabah, Dominic Tan cuba mengawal awang import Sri Pahang, Kpah Sherman dalam aksi Liga Super musim lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sabah FC gagal meneruskan rentak kemenangan apabila diikat Sri Pahang FC 1-1 di Stadium Darul Makmur sebentar tadi.

Itu adalah keputusan seri buat kali ketiga Sri Pahang selepas empat perlawanan manakala kali pertama buat Sabah FC sekali gus kedua dua pasukan masih dengan kekal rekod tanpa kalah.

Dalam perlawanan tersebut, Sabah selaku pasukan pelawat lebih banyak memberikan tekanan kepada Sri Pahang apabila memperoleh beberapa peluang untuk membolosi gawang tuan rumah.

Peluang terbaik anak-anah buah Datuk Ong Kim Swee hadir pada minit ke-10 menerusi pemain import, Jailton Lourenco namun, percubaannya sedikit tersasar.

Tidak lama selepas itu, kerja keras pelawat akhirnya berhasil selepas tandukan Daniel Sang Ting gagal disekat Izham Tarmizi Roslan sekali gus meletakkan Sabah mendahului 1-0 pada minti ke-13.

Tersentak jaringan itu, tuan rumah memperbaiki rentak permainan untuk mencari gol penyamaan dan ia berhasil pada minit ke-25 menerusi penyerang import Tok Gajah, Kpah Sherman.

Pada minit ke-67 keadaan sedikit tegang apabila Kim Swee selepas dilayangkan kad merah kerana tidak puas hati dengan keputusan pengadil, Noor Azriel Baharuddin.

Keputusan seri 1-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan selepas kedua-dua pasukan gagal mencari gol pendahuluan untuk keluar sebagai pemenang-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.