Negeri Sembilan senasib Manchester United

Negeri Sembilan senasib Manchester United

PEMAIN Negeri Sembilan mengeluarkan bola daripada kawasan penalti mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kekalahan besar Negeri Sembilan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) mengulangi skrip sama yang dialami Manchester United ketika tewas di tangan Liverpool.

Keputusan 7-0 itu terlebih dahulu dialami United di Anfield, sebelum skuad Jang menerima nasib sama di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Kemenangan terbesar diraih JDT itu menyaksikan mereka muncul pasukan pertama mencatat keputusan berkenaan pada saingan Liga Super musim ini yang telah memasuki perlawanan ketiga.

ARIFF Aiman Mohd Hanapi (kiri) cuba melepasi halangan Filemon Anyie Standly dalam aksi Liga Super antara Negeri Sembilan dan JDT di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban.

Pengendali JDT, Estaban Solari mengakui tidak menyangka pasukannya mampu mencatat kemenangan besar terutama beraksi di laman lawan.

Katanya, kunci kejayaan itu hadir susulan persembahan anak buahnya yang melaksanakan tugas dengan cemerlang.

“Pemain menunjukkan kesungguhan dalam persembahan dan sentiasa cuba untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

“Saya anggap mereka sudah laksanakan tugas dengan berkesan bermula dari separuh masa pertama. Dan pada separuh kedua juga mereka kekal konsisten dengan penuh kesabaran untuk menambah gol.

“Semua pemain tahu posisi masing-masing dan kepentingan untuk capai kemenangan. Namun saya tidak menyangka kita perolehi jaringan yang besar,”ujarnya.

Gol-gol JDT dijaringkan Fernando Forestieri pada minit ke-21 dan 49, Diogo Luis Santos (m-41), Ariff Aiman Mohd Hanafi (m-53), La’Vere Corbin-Ong (m-67, 88) dan Endrick dos Santos (m-72).

Jurulatih dari Argentina itu berkata, meskipun berdepan tentangan sengit, pemainnya dilihat beraksi dalam keadaan selesa.

“Saya nampak mereka ‘enjoy’ dan sentiasa cuba cari idea sesama sendiri untuk kalahkan lawan. Apa pun saya gembira dengan permainan tadi dan pemain juga gembira,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.