Bakat yang luar biasa - Mokhzani Ismail puji komitmen Siti Nurhaliza - Utusan Malaysia

Bakat yang luar biasa – Mokhzani Ismail puji komitmen Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Maestro, Datuk Mokhzani Ismail, 65, menyifatkan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sebagai penyanyi luar biasa yang bukan sahaja memiliki kawalan suara, malah ketajaman pendengaran yang baik.

Kata Mokhzani, kelebihan itu menjadikan Siti Nurhaliza sebagai antara penyanyi yang sentiasa bersedia sebelum mana-mana persembahan dimulakan.

“Saya selalu mengiringi penyanyi secara ‘ad hoc’, yang datang petik lagu dan saya terus jalan. Itu kerja gila saya buat selalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi bakat Siti Nurhaliza ini sangat luar biasa. Beliau tidak datang latihan sebagaimana penyanyi lain,” katanya dalam Thread.

Bercerita lanjut, Mokhzani memaklumkan Siti Nurhaliza, yang diundang dan menyanyi pada resepsi perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq, tetap memberikan persembahan yang terbaik meskipun tidak sempat untuk hadir ke raptai majlis berkenaan.

“Rozi (pengurus Siti Nurhaliza) mesej saya, dia kata Siti Nurhaliza akan datang pada malam itu dan terus dan menyanyi.

“Kita siapkan skor ikut format biasa. Yang menjadikan agak sukar adalah pentasnya, yang jaraknya kira-kira lebih 20 kilometer. Susah untuk pemuzik angguk-angguk dan jeling-jeling.

“Saya hanya satu solusi iaitu kalau salah masuk (muzik) saya akan hentikan iringan muzik orkestra dan jalan terus berpandukan nada.

“Tapi memang dia (Siti Nurhaliza) sangat luar biasa dengan telinga yang hebat, tone dan kawalan suara terbaik, lengkap dengan penghayatan secukup rasa. Itulah Biduanita Negara, Siti Nurhaliza,” katanya lagi.

Siti, yang baru menyempurnakan konsert Gema Bumantara di Stadium TM Nasional pada Sabtu lalu, diberi pujian kerana tetap hadir menghiburkan pada majlis resepsi berkenaan yang berlangsung pada Ahad lepas.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini