Happy Bag Cub Prix meriahkan Cub Prix Petronas Malaysia

Happy Bag Cub Prix meriahkan Cub Prix Petronas Malaysia

YVONNE(tiga dari kiri) menerima baju-T daripada Pengarah Produksi HakkaClo, Noor Fitri Hakim Mohamed (dua dari kanan) sebagai tanda kolaborasi kedua belah pihak untuk kempen Happy Bag Cub Prix musim ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cabutan Bertuah Happy Bag Cub Prix akan kembali mewarnai Cub Prix Petronas Malaysia dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada para pengunjung setia kejuaraan yang akan membuka tirai pusingan pertama di Litar Sepang hujung minggu ini.

Program Happy Bag ini yang sentiasa menjadi tarikan di setiap pusingan Cub Prix di seluruh semenanjung dengan menawarkan hadiah utama berupa sebuah motosikal kepada pemenang bertuah di setiap venue perlumbaan tahun ini.

Sepuluh pusingan, 10 buah motosikal disediakan dan di setiap venue perlumbaan dan pemenang hadiah utama cabutan bertuah Happy Bag ini bakal membawa pulang sama ada sebuah motosikal jenama Yamaha Y15ZR atau Honda RS-X.

Untuk menyertai cabutan bertuah itu, para pengunjung hendaklah membeli Happy Bag Cub Prix yang dijual di khemah promosi kejuaraan ini pada harga RM65 yang mengandungi sehelai baju-T, minyak pelincir, baju hujan atau stiker dan paling penting kupon cabutan bertuah.

Bagi memberi kepuasan kepada para peminat Happy Bag ini, pihak penganjur telah berkolaborasi dengan syarikat pembekal baju-T terkemuka, HakkaClo bagi memastikan kualiti serta reka bentuk baju-T berkenaan memberi kepuasan kepada para pembeli.

HakkaClo merupakan jenama yang semakin digemari ketika ini kerana kualiti yang dihasilkan syarikat berkenaan memenuhi citarasa para pelanggannya selain turut menjadi pembekal jersi buat pasukan Sri Pahang FC yang beraksi dalam Liga Malaysia.

Menurut Pengurus Pemasaran Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Yvonne Ng, pihaknya menjalinkan kerjasama dengan HakkaClo kerana mendapati kualiti produk yang dihasilkan syarikat berkenaan ketika ini semakin trending di pasaran.

“Kami yakin kolaborasi dengan HakkaClo ini akan memberi kepuasan kepada semua pembeli Happy Bag ini kerana kualiti baju-T yang dihasilkan sudah tidak perlu diragukan lagi. Kami juga mahu pastikan agar para pembeli setia Happy Bag Cub Prix ini mendapatkan barangan yang berkualiti tinggi,” jelas Yvonne.

Yvonne juga menjelaskan bahawa setiap pengunjung yang membeli dua Happy Bag bakal mendapatkan tiga kupon cabutan bertuah.

“Lebih banyak pembelian Happy Bag, maka peluang untuk memenangi hadiah utama adalah cerah,” katanya.

Selain menawarkan hadiah utama sebuah motosikal, hadiah-hadiah lain yang bakal dimenangi para pemenang cabutan bertuah Happy Bag ini nanti termasuk produk-produk keluaran syarikat KYT, Racing Boy, Uma Racing, Koyoko, Cardinals, SCK, NGK, RKM dan juga syarikat Corsa.

Jualan Happy Bag akan bermula pada saingan Pusingan 1 kejuaraan di Litar Sepang pada Sabtu ini dan para pemenang akan diumumkan keesokkan harinya, (Ahad) pada pukul 5 petang.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini dan pastikan anda membeli Happy Bag di khemah promosi kejuaraan Cub Prix Petronas Malaysia 2023 hujung minggu ini di Litar Sepang. Hanya dengan pembelian RM65, anda mungkin membawa pulang hadiah luar biasa-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya