Pukulan sudut penalti fokus utama Speedy Tigers

Pukulan sudut penalti fokus utama Speedy Tigers

Arul Selvaraj (kiri) memberi arahan kepada pemainnya ketika menentang Chile dalam aksi kedua Kumpulan C, Piala Dunia 2023 di Stadium Hoki Antarabangsa Birsa Munda, Rourkela, India kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROURKELA: Penyudah pukulan sudut penalti (PC) terus ‘menghantui’ skuad hoki negara buat kali kedua berturut-turut walaupun berjaya menewaskan Chile 3-2 pada aksi kedua Kumpulan C, Piala Dunia 2023 di Stadium Hoki Birsa Munda kelmarin.

Malaysia dilihat bergelut untuk menyudahkan aspek itu dan hanya mampu menghasilkan satu gol daripada 13 pukulan sudut penalti diraih sepanjang 60 minit menentang Chile.

Sesuatu harus dilakukan dalam kadar segera bagi memastikan drag flik atau set-piece skuad negara lebih pantas sebelum pelari pertama pasukan lawan berjaya menutup ruang ke gawang mereka.

Barisan pemain juga perlu cepat menyesuaikan diri sebaik permainan bermula dan mencari gol awal selain mengurangkan kesilapan-kesilapan mudah yang tidak sepatutnya dilakukan.

Justeru, aksi latihan terakhir di Stadium Kalinga, Bhubaneswar hari ini perlu digunakan sebaiknya untuk memperbaiki segala kelemahan daripada dua perlawanan awal sebelum bertemu New Zealand esok.

“Kita akan gunakan sesi latihan untuk mengenal pasti taktikal menentang New Zealand. Kita akan fokus juga kepada serangan pukulan sudut penalti,” kata ketua jurulatih Malaysia, A. Arul Selvaraj.

Dalam masa sama, barisan pemain perlu menganggap sedang beraksi di ‘laman sendiri’ kerana mereka sentiasa mendapat sokongan daripada penonton-penonton yang hadir ke stadium disebabkan sentimen negara Asia.

Apa tidaknya, sorakan gemuruh dan laungan ‘Malaysia’ jelas kedengaran setiap kali barisan pemain negara menyerang gawang lawan sepanjang dua aksi mereka di Stadium Hoki Birsa Munda yang boleh memuatkan 22,000 penonton.

Tidak mustahil sokongan yang sama daripada penduduk India akan sekali lagi memihak kepada Malaysia dan boleh menjadi kelebihan berbanding pasukan lawan apabila beraksi di Stadium Kalinga esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya