Moon Sik latih Kelantan FC

Moon Sik latih Kelantan FC

MOON Sik (kiri) akan tiba petang ini Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menjadi jurulatih Kelantan FC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bekas pemain kebangsaan Korea Selatan yang pernah beraksi pada pentas Piala Dunia 1994, Choi Moon Sik dilantik secara rasmi sebagai pengendali baharu Kelantan FC bagi saingan Liga Super musim ini.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh pemilik Kelantan FC Norizam Tukiman semasa dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

“Saya dalam perjalanan untuk ke Kuala Lumpur bagi menyambut ketua jurulatih Kelantan FC itu yang akan tiba petang ini,” katanya secara ringkas kepada Utusan Malaysia.

Moon Sik yang pernah beraksi bersama pasukan Jeju United FC dalam saingan Liga Korea pada tahun 2002 itu akan dibantu oleh Rezal Zambery Yahya sebagai penolong jurulatih Kelantan FC pada musim ini.

Pemilik lesan jurulatih profesional Konfedarasi Bola Sepak Asia (AFC) itu pernah dilantik sebagai pemangku pengendali sukad bawah 23 dan 20 tahun Korea Selatan.

Selain itu, pemain yang beraksi diposisi tengah tersebut merupakan ketua jurulatih bawah 16 tahun Korea Selatan selain pernah dilantik sebagai pengendali Daejeon Hana Citizen FC.

Berpandukan kepada pengalaman itu, kelibat Moon Sik pastinya ditagih untuk memacu Kelantan FC ke peringkat tertinggi dalam saingan Liga Super musim ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya