Kelantan FC masih boleh merayu

Kelantan FC masih boleh merayu

SKUAD Kelantan FC menjadi pasukan belasahan dalam saingan Liga Super 2023 selepas dihimpit dengan pelbagai musibah termasuk tunggakan gaji.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelantan FC berisiko tidak beraksi di Liga Super musim 2024-2025 selepas gagal mendapatkan lesen kebangsaan, namun kelab itu berpeluang mengemukakan rayuan kepada Badan Rayuan Pelesenan Kelab Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum tarikh akhir pada 8 Januari ini.

“Kelantan FC diberikan peluang untuk mengemukakan rayuan kepada Badan Rayuan Pelesenan Kelab MFL sebelum tarikh akhir pada 8 Januari 2024 sebelum jam 5:00 petang terhadap keputusan FIB yang menolak permohonan mereka mendapatkan Lesen Kebangsaan,” kata pengerusi First Instance Body (FIB) Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif.

Tindakan tidak memberi lesen kebangsaan kepada Kelantan FC diambil susulan kegagalan kelab itu melengkapkan dua dokumen yang diperlukan untuk memohon lesen kebangsaan.

“Mesyuarat Pelesenan Kelab MFL First Instance Body (FIB) yang diadakan secara dalam talian pada 31 Disember 2023 telah membuat keputusan bahawa Kelantan FC gagal memperolehi Lesen Kebangsaan sekali gus menyaksikan mereka tidak layak bertanding dalam saingan Liga Super musim 2024-2025.

“Keputusan ini dibuat kerana Kelantan FC telah gagal untuk melengkapkan dua Kriteria Kewangan dibawah sub-kriteria F.04 (No Payables Overdue Towards Employees, LHDN, KWSP, PERKESO & EIS – As At June) dan sub-kriteria F.11 (No Payables Overdue Towards Employees, LHDN, KWSP, PERKESO & EIS – As At August) sebelum tarikh akhir yang ditetapkan iaitu 30 November 2023 dan 31 Disember 2023,” jelasnya semalam.

MFL sebelum ini telah sedaya upaya membantu Kelantan FC bagi memastikan kelab itu mampu mendapatkan lesen kebangsaan namun segalanya menemui jalan buntu selepas pasukan itu sendiri tidak mengikuti langkah yang disarankan pengelola liga bola sepak tempatan berkenaan.

“Pihak FIB mengarahkan Kelantan FC menjelaskan semua (5) lima kes FIFA yang mempunyai keputusan sebelum 31 Ogos 2023 sebelum atau pada 31 Disember 2023 jam 5:00 petang, bagaimanapun pihak FIB tidak menerima sebarang dokumen sehingga tarikh akhir.

“Kelantan FC juga tidak menghantar bukti resit bayaran ansuran bulanan mengikut jadual yang ditetapkan oleh KWSP dan Perkeso untuk tunggakan sehingga Ogos 2023.

“Setelah gagal menyelesaikan Langkah Pertama dan Langkah Kedua pada 30 November 2023 dan 31 Disember 2023, maka Kelantan FC gagal untuk mendapatkan Lesen Kebangsaan bagi saingan Liga Super musim 2024 – 2025,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya