Selamat tinggal Kelantan FC

Selamat tinggal Kelantan FC

KELANTAN FC tidak akan beraksi di Liga Super musim 2024-2025.-IHSAN TRW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rayuan Kelantan FC untuk memohon Lesen Kebangsaan bagi membolehkan The Red Warriors (TRW) beraksi dalam kancah Liga Super musim 2024-2025 telah ditolak.

“Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL (AB) telah bermesyuarat semalam (16 Januari 2024) dan membuat keputusan bahawa rayuan kelab Liga Super Kelantan FC untuk memohon Lesen Kebangsaan bagi musim 2024-2025 adalah ditolak.

“Keputusan itu selaras dengan Artikel 3.4.4 yang termaktub di dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023.

“Keputusan itu diumumkan kepada pasukan hari ini melalui pemakluman rasmi sekali gus menyaksikan Kelantan FC tidak layak untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim 2024-2025,” kata Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Pelesenan MFL, Mohd Yasin Abdullah dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, Kelantan FC sebelum ini mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa AB berikutan keputusan First Instance Body (FIB) yang telah menolak permohonan Lesen Kebangsaan bagi kitaran 2023 pada 1 Januari 2024.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya