Kerja naik taraf Stadium Sultan Muhammad IV terus berjalan

Kerja naik taraf Stadium Sultan Muhammad IV terus berjalan

SUASANA aksi Liga Malaysia yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/IHSAN SUHAIRIENOR PHOTOGRAPHY IS ART.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerja-kerja menaik taraf kemudahan di Stadium Sultan Muhammad IV di sini masih lagi berjalan bagi memberikan keselesaan kepada penonton menjelang saingan Liga Malaysia (Liga M) yang bakal membuka tirai Februari depan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, langkah itu selari dengan ketetapan yang dibuat oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Menurutnya, kedua-dua badan induk bola sepak itu memberi tempoh sehingga 2024 untuk kerajaan negeri melalui Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) untuk menyediakan fasaliti tersebut termasuk aspek keselamatan.

“Jadi tempoh, masa setahun itu akan dimanfaatkan sebaik mungkin menyiapkan kemudahan berkenaan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Wan Roslan memberitahu, kadar kecerahan lampu limpah di Stadium Sultan Muhammad IV sudah menepati spesifikasi ditetapkan oleh FAM bagi membolehkan perlawanan dilangsungkan pada sebelah malam.

Katanya, pelancaran secara rasmi lampu limpah tersebut telah disempurnakan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pada penghujung saingan Liga M musim lalu.

Media sebelum ini melaporkan, kerja-kerja menaik taraf Stadium Sultan Muhammad IV menelan belanja RM5.5 juta.

Kerja-kerja naik taraf stadium tersebut merangkumi pemasangan lampu limpah baharu yang mematuhi standard MFL.

Selain itu, ia melibatkan kerja baik pulih bilik persalinan pemain dan tandas awam untuk penonton serta pemasangan blok laluan di pintu masuk astaka stadium.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya