FIFA puji sikap penyokong Malaysia

FIFA puji sikap penyokong Malaysia

SEBAHAGIAN penyokong Harimau Malaya yang hadir memberika sokongan kepada Harimau Malaya di Stadium Thammasat di Bangkok, Thailand semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semangat terpuji ‘ekor’ Harimau Malaya di Stadium Thammasat, Bangkok semalam diberikan penghormatan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Ia selepas kumpulan penyokong Ultras Malaya memberikan penghormatan kepada pasukan Thailand walaupun Malaysia tewas pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022.

FIFA memuat naik video tindakan penyokong Harimau Malaya itu di laman Twitternya sekali gus dibanjiri komen daripada seluruh dunia atas tindakan profesional mereka itu.

“Perlawanan yang indah. Penyokong Malaysia menunjukkan penghormatan kepada pemain Thailand selepas pasukan mereka tewas dalam Piala AFF,” kata FIFA di laman Twitternya.

Rata-rata pengguna media sosial menganggap tindakan itu sebagai terbaik daripada Ultras Malaya walaupun skuad Harimau Malaya tewas dan terkandas di pusingan separuh akhir.

Terdahulu, laman rasmi Facebook rasmi Piala AFF 2022 memuat naik video Ultras Malaya menyanyikan lagu buat pemain Thailand selepas skuad itu menewaskan Malaysia 3-0 pada separuh akhir kedua di Stadium Thammasat semalam.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Gajah Perang yang juga juara bertahan mara ke final buat kali ke-10 dengan agregat 3-1 selepas tewas 0-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Thailand akan menentang juara dua kali Vietnam di pentas akhir yang akan berlangsung pada Jumaat dan Isnin ini bagi menentukan pasukan mana layak bergelar ‘Raja Asean’.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya