Waspada risiko kanser payudara berulang

Waspada risiko kanser payudara berulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ramai pesakit tidak menyedari yang kanser payudara masih boleh berulang walaupun selepas selesai menjalani rawatan awal.

Risiko tersebut bagaimanapun berbeza mengikut individu, bergantung kepada faktor klinikal dan genetik masing-masing.

Justeru, pemahaman tentang peranan ujian genetik selepas diagnosis kanser payudara peringkat awal, biologi tumor dan penanda biologi (biomarker) penting dalam menentukan rawatan serta pemantauan jangka panjang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, faktor yang meningkatkan atau mengurangkan risiko berulang dan panduan untuk menyokong pesakit selepas tamat rawatan awal turut perlu diberi perhatian.

Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Prof. Dr. Murallitharan Munisamy berkata, kekurangan data mengenai pesakit kanser payudara berulang menyukarkan usaha merancang keperluan penjagaan dan menyediakan pembiayaan bersesuaian.

Katanya, walaupun kerangka kerja kebangsaan seperti Pelan Strategik Kebangsaan bagi Program Kawalan Kanser dan Indeks Kualiti Penjagaan Kanser Payudara (BCCQI) diwujudkan bagi menyeragamkan terapi serta meningkatkan kualiti penjagaan, aspek kanser berulang masih belum terangkum secukupnya.

“Kita masih tidak mengetahui jumlah wanita yang didiagnosis dengan kanser payudara peringkat awal tetapi mengalami kanser berulang.

“Isu ini jarang dibincangkan dan ia sekali gus menunjukkan wujud jurang dalam kelangsungan hidup dan kesinambungan penjagaan, khususnya dari segi sokongan kepada pesakit selepas tamat rawatan awal.

“Perubahan bermakna memerlukan akses saksama kepada penjagaan jangka panjang serta tindakan awal menangani risiko kanser berulang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pleno sempena Persidangan Sokongan Kanser Payudara Antarabangsa Reach to Recovery ke-20, baru-baru ini.

Presiden Serantau Novartis Malaysia, Brunei dan Pasaran Membangun Asia, Sanjeev Balachandran berkata, kanser payudara awal kini bukan tentang kelangsungan hidup sahaja.

Ia merangkumi perkara yang menyusul selepas rawatan termasuk bagaimana pesakit meneruskan kehidupan, pemantauan dan sejauh mana persediaan mereka untuk menghadapi masa hadapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini