Serangan peribadi 'panaskan' debat calon Presiden Brazil

Serangan peribadi ‘panaskan’ debat calon Presiden Brazil

LUIZ Inacio Lula da Silva (kanan) dan Flavio Bolsonaro, berhujah ketika debat calon presiden menjelang pusingan kedua pilihan raya presiden di Sao Paulo, kelmarin.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAO PAULO: Debat pertama antara Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva dan senator berhaluan kanan, Flavio Bolsonaro, bertukar tegang apabila kedua-dua calon saling melontarkan tuduhan rasuah dan pembohongan, menjelang pilihan raya presiden yang dijangka sengit.

Dalam perdebatan panas itu, kedua-dua calon berulang kali melabel satu sama lain sebagai penipu, selain membangkitkan pelbagai skandal dan bertelagah mengenai isu keselamatan awam serta penjagaan kesihatan.

Lula menyifatkan Bolsonaro sebagai ‘kaki penipu dan samseng’, termasuk menggelarkannya anggota militan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kenyataan itu merujuk kepada dakwaan hubungan Bolsonaro dengan kumpulan separa tentera di Rio de Janeiro.

Bolsonaro, yang mendahului pusingan pertama pilihan raya dengan memperoleh 47 peratus undi berbanding Lula 45 peratus, mendakwa beliau lebih selesa menjauhkan diri daripada presiden itu kerana bimbang dompetnya dicuri.

“Brazil akan menamatkan kerjaya politik anda,” kata Bolsonaro.

Lula yang hampir mencecah 81 tahun dan berusaha mengekalkan penggal keempat sebagai presiden, berulang kali meminta penonton membuat carian di Google bagi membuktikan dakwaan lawanya itu bohong.

Sepanjang debat itu, Bolsonaro berulang kali mundar-mandir di belakang Lula sambil menggelengkan kepala, tersenyum sinis dan mencemuh ketika lawannya bercakap.

Lula yang beberapa kali cuba mengawal rasa tidak puas hatinya, menuntut penjelasan berhubung siasatan rasuah yang melibatkan Bolsonaro. 

Bagaimanapun, lawannya mengelak daripada menjawab soalan itu dan sebaliknya menggelar Lula sebagai ‘badut’.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini