WAGs Jerman dibenarkan bermalam di hotel pasukan

WAGs Jerman dibenarkan bermalam di hotel pasukan

TEMAN wanita Kai Havertz, Sophia antara yang berada di hotel penginapan pasukan Jerman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Pemain Jerman dibenarkan menjemput isteri atau teman wanita (WAGs) menginap di hotel pasukan sebelum perlawanan genting Piala Dunia 2022 menentang Costa Rica esok.

Menurut akhbar Jerman, Bild pasangan pemain diberi kebenaran menginap dua malam di resort mewah itu.

Ramai isteri serta teman wanita pemain berada di Qatar dan dilihat berada di tempat duduk semasa Jerman seri 1-1 dengan Sepanyol.

Mereka dilaporkan telah membuat perjalanan ke Zulal Wellness Resort yang berada di lokasi terpencil berdekatan Doha.

Harga bilik di situ sekitar 700 pound (RM3,754) hingga 19,000 pound (RM101,000) semalam.

Antara yang tiba di hotel tersebut adalah teman wanita Kai Havertz, Sophia Weber dan Izabel Goulart, tunang kepada Kevin Trapp.

Christina Ginter, yang ber­kahwin dengan pemain pertahanan, Matthias Ginter diharap lebih ‘mesra’ de­ngan suaminya selepas mengadu keadaan udara di dalam stadium menyebabkan dia terlalu sejuk.

Selepas dikejutkan 1-2 oleh Jepun dalam aksi pertama dan seri 1-1 menentang Sepanyol pada perlawanan kedua, Jerman wajib menang ke atas Costa Rica esok untuk meneruskan kemaraan ke ke pe­ringkat kalah mati. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya