Ronaldo nafi ke Al Nassr

Ronaldo nafi ke Al Nassr

RONALDO menggayakan aksi tersendiri setiap kali meraikan gol jaringannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo menafikan laporan yang mengaitkannya dengan perpindahan ke kelab Arab Saudi, Al Nassr.

Sejak meninggalkan Old Trafford, spekulasi mula diperkatakan tentang kelab mana bakal disertai Ronaldo yang kini berumur 37 tahun.

Ronaldo meninggalkan Manchester United bulan lalu selepas hubungannya dengan kelab retak selepas dia mengeluarkan beberapa kenyataan kontroversi ketika temu bual televisyen bersama Piers Morgan.

Pada Isnin lalu, terdapat laporan yang mendakwa berlaku rundingannya dengan Al Nassr yang akan menyaksikan pemenang lima kali Ballon d’Or itu bakal menerima 173 juta pound (RM925 juta) semusim.

“Tidak, ia tidak benar, tidak benar,” kata Ronaldo selepas perlawanan menentang yang menyaksikan anak buah Fernando Santos menang besar 6-1 ke atas Switzerland.

Al Nassr antara kelab paling berjaya di Arab Saudi, dinobatkan juara negara itu sebanyak sembilan kali, dengan kejayaan terakhir pada tahun 2019.

Tugasan Ronaldo selepas ini adalah berdepan Maghribi di suku akhir pada Sabtu namun, dia belum pasti diturunkan oleh Santos selepas bintang muda, Goncalo Ramos meledak hatrik.-Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.