Portugal nafi Ronaldo ugut tinggalkan pasukan

Portugal nafi Ronaldo ugut mahu tinggalkan pasukan

CRISTIANO Ronaldo diletakkan di bangku simpanan ketika Portugal menentang Switzerland pada pusingan 16 akhir, Piala Dunia 2022 di Lusail, Selasa lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF) hari ini menafikan dakwaan Cristiano Ronaldo mengugut untuk meninggalkan skuad Piala Dunia selepas diletakkan di bangku simpanan ketika menentang Switzerland.

Penyerang berusia 37 tahun itu secara mengejut digugurkan daripada kesebelasan utama dalam aksi 16 terbaik, Selasa lalu dengan penggantinya, Goncalo Ramos  cemerlang meledak hatrik untuk membantu Portugal menang 6-1.

Ronaldo dibawa masuk sebagai pemain gantian, namun media Portugal, Record melaporkan, penyerang itu mengancam untuk meninggalkan pasukan selepas perbualannya dengan jurulatih, Fernando Santos berlangsung tegang.

“FPF menjelaskan bahawa kapten Selecao, Cristiano Ronaldo tidak pernah mengugut untuk meninggalkan pasukan kebangsaan sepanjang berada di Qatar.

“Setiap hari Ronaldo membina rekod prestasi yang unik kepada skuad kebangsaan dan negara, ia harus dihormati,” kata FPF dalam satu kenyataan.

Menurut FPF, kemunculan Ronaldo menentang Switzerland adalah bukti komitmennya terhadap perjuangan mereka.

Ronaldo ialah pemain yang membuat penampilan paling banyak bersama Portugal, selain penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam bola sepak lelaki.

Pemenang Ballon d’Or lima kali itu enggan berlatih dengan pemain simpanan lain semalam, sebaliknya mengambil bahagian dalam sesi gimnasium bersama pemain  utama yang menentang Switzerland.

Portugal akan menentang Maghribi pada suku akhir Sabtu ini, di mana Ramos mungkin mendapat kepercayaan sekali lagi untuk mengetepikan Ronaldo. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.