Perancis larang pemain pakai barang kemas

Perancis larang pemain pakai barang kemas

PERTAHANAN Perancis, Jules Kounde menanggalkan rantai emasnya ketika menentang Poland pada aksi pusingan 16 akhir, Jumaat lalu. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Didier Deschamps mengharamkan pemain Perancis ­daripada memakai ­barang kemas apabila menentang England pada suku akhir Piala Dunia 2022, Sabtu ini.

Ketua Jurulatih Les Bleus itu menyifatkan, Jules Kounde bertuah terlepas daripada ‘kemarahannya’ selepas diarah menanggalkan rantai emas ketika pasukan itu menumpaskan Poland 3-1, Ahad lalu.

​​Kounde dipaksa keluar padang pada minit ke-43 dalam aksi pusingan 16 di Al Thumama selepas pengadil, Jesus Valenzuela melihat rantai emas terkeluar dari baju pemain pertahanan Barcelona itu.

Seorang pembantu ­De­s­­champs terpaksa menanggalkan rantai leher Kounde ketika pemain itu mahu melakukan lontaran ke dalam selepas dia gagal menanggalkannya sendiri.

Walaupun insiden itu tidak menjejaskan Perancis untuk ke suku akhir, namun Deschamps menegaskan, dia tidak akan membenarkan ia berulang.

“Dia (Kounde) tidak sepatutnya memulakan perlawanan dengan memakai rantai.

“Saya tidak tahu dia memakainya tetapi saya tahu dia agak percaya kepada perkara karut dan memakainya dalam latihan.

PEMAIN Perancis memakai jersi ketika zaman amatur.

“Saya tidak tahu apa maksud kalung itu kepadanya tetapi saya memberitahunya, dia bertuah saya tidak menangkapnya di hadapan saya ketika itu.

“Jika saya nampak dia memakainya di bilik persalinan, saya akan memberitahunya untuk menanggalkannya.

“Anda tidak boleh bermain bola sepak memakai cermin mata hitam atau jam tangan atau cincin. Ia tidak dibenarkan.

“Saya fikir dia telah menanggalkannya, tetapi tidak. Ini salah kami, dan ia tidak akan berlaku lagi,” katanya.

Turun sebagai juara bertahan, Perancis akan berdepan England di Stadium Al Bayt de­ngan kedua-dua negara bertemu dalam Piala Dunia buat kali pertama sejak England menang 3-1 di Sepanyol pada 1982.

Kedua-dua negara tidak bermain sesama sendiri sejak ­Perancis meraih kemenangan 3-2 di Paris pada Jun 2017. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya