Livakovic bawa Croatia ke suku akhir

Livakovic bawa Croatia ke suku akhir

REAKSI Livakovic selepas berjaya menyelamatkan sepakan penalti pemain Jepun dalam penentuan sepakan penalti di Stadium Al Janoub hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AL-WAKRAH, Qatar: Penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic muncul wira selepas berjaya menyelamatkan tiga sepakan penalti Jepun untuk membawa pasukannya mara ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2022.

Dalam aksi di Stadium Al Janoub sebentar tadi, Croatia menang 3-1 dalam penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa sebenar permainan dan juga masa tambahan.

Livakovic muncul wira selepas menafikan sepakan yang diambil Takumi Minamino, Kaoru Mitoma dan Mayo Yoshida untuk membawa pasukan naib juara dunia 2018 itu ke peringkat suku akhir.

PEMAIN Croatia meraikan kejayaan mereka mara ke suku akhir Piala Dunia 2022 selepas menewaskan Jepun 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti.

Dalam masa sebenar permainan, Jepun mendahului Croatia pada minit k-44 menerusi Daizen Maeda yang menggegarkan jaring Croatia apabila memanfaatkan peluang terhidang untuk menewaskan Livakovic.

Bersambung babak kedua, Croatia memperkemas permainan dan hasilnya mereka mendapat gol penyamaan menerusi tandukan menarik Perisic pada minit ke-55 selepas menerima hantaran silang Dejan Lovren dari sebelah kanan.

Keputusan kekal 1-1 sehingga wisel penamat babak kedua dibunyikan bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan dan kedua-dua pasukan gagal mencari gol kemenangan untuk memaksa pemenang ditentukan melalui sepakan penalti.

Croatia kini akan menunggu lawan mereka di suku akhir sama ada Brazil atau Korea Selatan yang akan bertembung pada pukul 3 pagi nanti-Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya