Jurulatih Korea Selatan letak jawatan

Jurulatih Korea Selatan letak jawatan

PAULO Bento memeluk pemain Korea Selatan selepas kekalahan kepada Brazil di pusingan 16 akhir Piala Dunia 2022. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Sejurus selepas Korea Selatan ditunjukkan jalan keluar dari Piala Dunia 2022 ekoran kekalahan 1-4 kepada Brazil awal di pusingan 16 akhir pagi tadi, ketua jurulatih Taeguk Warriors,  Paulo Bento mengumumkan pengundurannya.

“Kini saya perlu memikirkan masa depan dan tidak lagi bersama pasukan Korea. Saya mahu berehat dan lihat apa yang seterusnya.

“Saya baru memaklumkan perkara ini kepada pemain dan presiden persekutuan kebangsaan.

“Ia keputusan yang saya buat sejak September. Hari ini saya mengesahkannya. Saya perlu berterima kasih kepada mereka dan amat berbangga menjadi pengurus mereka,” katanya.

 

 

Bento, 53, mengambil alih tugas Ketua Jurulatih Korea Selatan selepas tamat Piala Dunia 2018 untuk menggantikan Shin Tae-yong.

Di Qatar, dia membawa Korea Selatan mara ke peringkat kalah kalah mati buat kali pertama sejak 2010 dengan melakar kemenangan sensasi 2-1 ke atas Portugal pada aksi terakhir  kumpulan.

Bagaimanapun mereka tewas kepada Brazil selepas ketinggalan 0-4 pada babak pertama di Stadium 974 Doha biarpun mendapat satu gol menerusi pemain gantian Paik Seung-ho.

“Saya percaya kami boleh berbangga dengan apa yang kami lakukan pada Piala Dunia ini dan apa yang kami lakukan sejak empat tahun lalu untuk sampai ke sini,” kata Bento, yang membimbing negara kelahirannya, Portugal pada Piala Dunia 2014 di Brazil. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya