Jerman wajib menang, harap 'tuah'

Jerman wajib menang, harap ‘tuah’

HANSI Flick memberi amanat akhir kepada pemain Jerman dalam sesi latihan di Doha semalam menjelang pertemuan menentang Costa Rica esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Jerman bukan sahaja wajib menang ke atas Costa Rica untuk kekal ‘bernyawa’ dalam Piala Dunia 2022, malah berharap kemenangan memadai bagi membawa mereka ke peringkat kalah mati.

Kekalahan mengejut 1-2 kepada Jepun dalam aksi pembukaan Kumpulan E menyebabkan nasib juara empat kali itu bukan semata-mata di tangan mereka sendiri, sebaliknya turut bergantung kepada pertembungan Jepun-Sepanyol dalam satu lagi saingan yang berlangsung serentak.

Keputusan seri 1-1 dengan Sepanyol pada perlawanan kedua hanya memberi ‘talian hayat’ dan tidak cukup membawa Jerman untuk meneruskan cabaran ke pusi­ngan 16 terbaik.

Biarpun enggan memikirkan tentang mencipta jaringan besar dalam pertemuan de­ngan Costa Rica, namun suka atau tidak kemenangan besar akan memberi kelebihan kepada anak-anak buah Hansi Flick.

Senario Kumpulan E ketika ini, Sepanyol hanya memerlukan seri untuk melayakkan diri tetap jika kalah kepada Jepun dan Costa Rica mengejutkan Jerman, nasib juara dunia 2010 itu dihitung menerusi perbezaan gol.

Begitupun kemenangan besar 7-0 ke atas Costa Rica dalam aksi pertama memberi ­kelebihan buat skuad La Roja.

Bagi Jerman, seri atau kalah, mereka akan tersingkir. Skuad Die Mannschaft akan meneruskan kemaraan jika menang dan Jepun seri 0-0 dengan Sepanyol, namun jika Sa­murai Biru seri dengan jaringan, kedudukan ditentukan menerusi perbezaan gol.

Jika Jepun dan Costa Rica menang, Jerman tersingkir, manakala dua pasukan yang mewakili Kumpulan E ke ­pe­ringkat kalah mati ditentukan menerusi perbezaan gol.

“Kami akan menghabiskan banyak masa dalam kotak penalti Costa Rica. Kami hormati mereka, namun Jerman perlu menang dan gol yang besar akan menjadi kelebihan,” kata penyerang Jerman, Thomas Muller. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.