Hazard bersara di pentas antarabangsa

Hazard bersara di pentas antarabangsa

HAZARD kurang menyerlah alampenampilan di Piala Dunia 2022 dengan Belgium tersingkir seawal peringkat kumpulan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AL RAYYAN, Qatar: Kapten Belgium, Eden Hazard mengumumkan persaraannya daripada arena bola sepak antarabangsa pada usia 31 tahun, hari ini.

Keputusan itu diambil selang beberapa hari selepas Belgium tersinggir seawal peringkat kumpulan di Piala Dunia Qatar 2022.

Hazard menjadi nadi buat generasi emas Belgium dan dia beraksi dalam ketiga-tiga perlawanan buat pasukan nombnor dua dunia itu.

Bagaimanapun, pemai itu gagal menyerlah dan tidak menjaringkan gol dalam kempen kali ini yang berakhir dengan kekecewaan.

Pada edisi kali ini, Belgium mencatatkan satu kemenangan ke atas Kanada, tewas kepada Maghribi dan terpaksa berpuas hati seri tanpa jaringan dengan Croatia dan menduduki tangga ketiga Kumpulan F.

Bekas bintang Chelsea itu membuat penampilan sulung bersama skuad senior pada 2008 dan menjaringkan 33 gol dalam 126 penampilan dan dia membawa Belgium menamatkan saingan Piala Dunia 2018 di kedudukan ketiga.

“Saya sudah memutuskan untuk menamatkan kerjaya antarabangsa saya. Pengganti sudah tersedia.

“Muka surat baharu hari ini… Terima kasih atas sokongan anda yang tiada tandingan. Terima kasih atas semua kegembiraan yang dikongsikan sejak tahun 2008… Saya akan merindui anda,” tulis Hazard di laman Instagram.

Belgium tewas kepada juara dunia, Perancis empat tahun lalu dan menewaskan England dalam aksi penentuan tempat ketiga, namun tidak menemui rentak sama di Qatar.- Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya