Gangsa bagaikan emas buat Croatia- Dalic

Gangsa bagaikan emas buat Croatia- Dalic

DALIC berjaya membawa pasukannya memenangi tempat ketiga Piala Dunia 2022 di Qatar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Zlatko Dalic menganggap kemenangan pasukannya ke atas Maghribi hasil pengorbanan pemain dan walaupun memenangi pingat gangsa, ia umpama pingat emas buat Croatia.

Dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat Piala Dunia 2022 di Stadium Antarabangsa Khalifa itu, anak buah Dalic menewaskan Maghribi 2-1 pada aksi yang cukup menghiburkan.

Josko Gvardiol, menjadi antara bintang pada kempen Piala Dunia di Qatar kali ini menanduk masuk untuk meletakkan Croatia di depan pada minit ketujuh sebelum Achraf Dari menyamakan kedudukan buat Maghribi dua minit kemudian.

Croatia kemudian meledak jaringan kemenangan tiga minit sebelum rehat babak pertama apabila Mislav Orsic melencongkan bola yang terus ke penjuru untuk menewaskan penjaga gol Maghribi.

“Ia adalah pingat gangsa tetapi bagi kami ia seperti pingat emas. Pingat ini adalah untuk rakyat Croatia. Ia adalah sesuatu yang membanggakan apabila kami berjaya memenangi dua pingat dalam dua kejohanan, tahniah kepada semua pemain saya,” kata Dalic.

Untuk rekod, Dalic juga turut membawa negara yang hanya mempunyai populasi 4 juta penduduk itu muncul naib juara Piala Dunia di Russia empat tahun lalu.

REGRAGUI tetap berbangga dengan pencapaian pasukannya di Piala Dunia 2022.

Sementara itu, jurulatih Maghribi, Walid Regragui, berkata walaupun tewas tetapi dia tetap berbangga dengan pencapaian yang dilakar barisan pemainnya pada kempen kali ini apabila menjadi pasukan pertama dari Afrika melangkah ke separuh akhir dalam sejarah Piala Dunia.

“Ia kekalahan yang pahit tetapi ia sesuatu yang boleh diterima. Kami mempunyai sebuah pasukan yang tidak pernah berputus asa.

“Kami akan mengingati banyak perlawanan di sini, kami akan bangkit menjadi lebih kuat. Kami berjaya menyatukan negara kami selama sebulan, semua orang gembira,” katanya.-Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya