Gabriel Jesus, Alex Telles terpaksa lupakan Piala Dunia

Gabriel Jesus, Alex Telles terpaksa lupakan Piala Dunia

JESUS menerima rawatan selepas dibawa keluar ketika Brazil menentang Cameroon.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Gabriel Jesus dan Alex Telles bakal terlepas baki kempen Brazil di Piala Dunia 2022 selepas kedua-dua pemain terbabit ditimpa kecederaan ketika beraksi semasa skuad Selecao tumpas 1-0 kepada Cameroon.

Bintang Arsenal itu mengalami kecederaan lutut, manakala Telles yang juga merupakan pertahanan kiri Manchester United juga berdepan masalah sama ketika mereka tewas kepada negara Afrika itu.

Telles dibawa keluar pada awal babak kedua, sebelum 10 minit Jesus dibawa keluar dengan Brazil sudah mengesahkan tempat ke pusingan 16 terakhir, Tite membuat perubahan dengan menurunkan kedua-dua pemain itu dalam kesebelasan utama.

Bagaimanapun, keputusan itu perlu dibayar dengan harga yang mahal buat juara dunia lima kali itu selepas mengalami kekalahan pertama di peringkat kumpulan selepas 24 tahun selain turut kehilangan dua pemain utama.

Kedua-dua mereka menjalani imbasan hari ini dan menerima berita buruk apabila Jesus bakal tersisih sebulan dan dijangka berdepan masalah untuk cergas menjelang ‘Boxing Day’ ketika Arsenal menentang West Ham.

Laporan itu juga menyatakan bahawa Jesus telah tercedera lama sewaktu bersama kelabnya namun, dia masih boleh menyertai Brazil ke Piala Dunia manakala, nasib Telles dikhabarkan lebih buruk berbanding Jesus.

 

Sementara itu, doktor pasukan Brazil, Rodrigo Lasmar mengesahkan Neymar boleh bermain menentang Korea Selatan dalam pusingan 16 terbaik pada Selasa ini.

Bintang Brazil itu bersama rakan sepasukan Danilo mengalami kecederaan pada perlawanan pembukaan menentang Serbia yang mengakibatkan nasibnya di Piala Dunia 2022 menjadi tanda tanya.

Selain itu, Alex Sandro juga mengalami kecederaan dalam perlawanan berikutnya ketika menentang Switzerland.

“Mengenai Neymar dan Sandro, kami fikir kami masih mempunyai masa untuk sebarang kemungkinan. Kita tunggu proses pemulihan, kedua-dua mereka masih belum berlatih dengan bola.

“Danilo telah menunjukkan perkembangan positif dan dia juga sudah turun berlatih dengan bola untuk menyesuaikan diri dan dijangka dapat berlatih bersama pasukan seperti biasa.

“Sekarang, kita akan lihat apa yang berlaku dan jika semuanya baik, kami mempunyai jangkaan yang sangat tinggi bahawa dia (Neymar) akan dapat diturunkan untuk perlawanan seterusnya.”-Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.