England sekarang bukan yang dulu

England sekarang bukan yang dulu

PEMAIN England meraikan jaringan kedua mereka yang disempurnakan oleh Phil Foden ketika menentang Wales dalam saingan Kumpulan B di Stadium Ahmad Bin Ali, Al-Rayyan semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Pengendali England, Gareth Southgate menegaskan skuad kali ini memiliki ‘lebih keyakinan dan kepercayaan’ berbanding di Russia 2018 selepas mereka mengesahkan tempat ke peringkat kalah mati di Qatar.

Three Lions mara ke peringkat kalah mati sebagai juara Kumpulan B selepas menumpaskan Wales 3-0 semalam, sekali gus menempah pertemuan dengan Senegal, Isnin ini.

Pengendali berusia 52 tahun itu berkata, England yang bermain di Qatar miliki mentaliti berbeza berbanding skuad di Russia.

“Pasukan kali ini memiliki mentaliti berbeza dan kepercayaan lebih tinggi. Objektif (di Qatar) juga berbeza.

“Di Russia, kami hanya memikirkan bolehkah kami memenangi perlawanan peringkat kalah mati, kali ini jangkaan lebih tinggi tetapi kami miliki lebih keyakinan dan pengalaman dalam perlawanan yang besar.

MARCUS Rashford menujukan jaringannya buat rakannya sahabatnya yang meninggal dunia beberapa hari lalu akibat kanser. – AFP

“Saya tidak tahu sama ada kami berada dalam (prestasi) sama seperti musim panas lalu (naib juara Eropah) tetapi perkara pertama buat kami gembira apabila berjaya mencapai objektif awal (mara ke peringkat 16 ­terbaik).

“Semangat pasukan sangat baik dan memiliki barisan pemain yang saling melengkapi,” katanya.

Dua jaringan Marcus Rashford dan satu gol menerusi Phil Foden memastikan kemenangan England di Stadium Ahmad Bin Ali.

Dalam masa sama, Southgate mengakui Senegal yang mara sebagai naib juara Kumpulan A di belakang Belanda lawan yang berbahaya meskipun tanpa bintang utama mereka Sadio Mane.

“Kami sedar jika berdasarkan ranking, kami menjadi pilihan tetapi mereka adalah pasukan yang sangat bahaya,” ujarnya.

England membuka kempen Piala Dunia Qatar dengan garang apabila membelasah Iran 6-2 namun sekadar seri 0-0 dengan Amerika Syarikat sebelum menutup saingan peringkat kumpulan dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas Wales. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.