Brazil mahu bawa pulang Piala Dunia

Brazil mahu bawa pulang Piala Dunia

PEMAIN Brazil menjalani latihan di Stadium Al Arabi SC, Doha semalam menjelang pertemuan suku akhir Piala Dunia 2022 menentang Croatia hari ini. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Neymar dijangka kembali mengisi kese­belasan utama Brazil, yang amat bersemangat bukan sahaja untuk menum­paskan Croatia pada suku akhir hari ini, malah menjulang Piala Dunia kali keenam.

Kemenangan besar 4-1 ke atas Korea Selatan menerusi jari­ngan Vinicius Junior, Richarlison dan Lucas Paqueta serta penalti Neymar pada pusingan 16 akhir memberi mesej kepada pencabar mereka di Qatar agar lebih berwaspada dengan kualiti yang ada pada skuad Selecao.

Aksi Brazil di Stadium 974 itu menarik perhatian sehingga ada yang membandingkan mereka dengan skuad hebat yang dike­tuai Pele bermula pada 1970 sehingga 1982,

Bagaimanapun, sejak menjuarai gelaran kelima pada 2002, Brazil gagal menewaskan pasukan Eropah dalam Pia­la Dunia, termasuk dimalukan Jerman 1-7 di tempat sendiri pada 2014 dan disingkir oleh Belgium empat tahun lalu di Russia.

NEYMAR akan mengetuai jentera penggempur Brazil untuk menjinakkan Croatia.

“Kami mahu menjuarai Piala Dunia kali ini.

“Ada tiga lagi perlawanan tetapi kami bersedia dan fikiran kami fokus kepada kejuaraan,” kata Neymar.

Neymar kembali beraksi di pusingan 16 akhir selepas tersisih dalam dua perlawanan ter­akhir peringkat kumpulan akibat kecederaan buku lali, malah kepulangan Danilo di bek kiri juga memberi impak.

Biarpun kehilangan khidmat Alex Telles (pertahanan) dan Gabriel Jesus (serangan) yang cedera, namun Brazil tampak tidak terjejas kerana memiliki ramai pemain berkualiti.
Croatia sebaliknya memerlukan penentuan penalti untuk menyingkirkan Jepun di pe­ringkat 16 akhir selepas seri 1-1. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya