Brazil, Argentina pertembungan ‘idaman’

Brazil, Argentina pertembungan ‘idaman’

LIONEL Messi (tengah) menjalani latihan bersama skuad Argentina di Universiti Qatar, Doha semalam dalam persiapan akhir untuk menghadapi Belanda pada suku akhir Piala Dunia esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Kebanyakan peminat bola sepak mengimpikan pertembungan dua gergasi Amerika Selatan, Brazil dan Argentina pada separuh akhir Piala Dunia 2022.

Sejak awal lagi, kedua-dua pasukan menjadi pilihan untuk membawa pulang kejuaraan di Qatar, dan pertemuan dua musuh tradisi itu ibarat ‘final’ Piala Dunia.

Begitupun untuk ke separuh akhir, Brazil yang turun dengan status No. 1 dunia perlu melepasi Croatia, yang membawa kebanyakan tonggak yang membantu mereka muncul naib juara di Russia 2018.

Brazil yang dilabel sebagai lawan ‘menggerunkan’ dengan memiliki kualiti di semua posisi diletak sebagai pilihan untuk mengatasi Croatia, pasukan No. 12 dunia yang agak bergelut untuk ke suku akhir, termasuk dipaksa berhempas pulas menyingkirkan Jepun di pu­singan 16 akhir.

Argentina juga berdepan lawan yang amat mencabar, pasukan No. 8 dunia, Belanda yang nampak ampuh di bahagian pertahanan biarpun di awal saingan dianggap sedikit ‘membosankan’.

Seperti Brazil, Argentina yang turun dengan status No. 3 dunia menjadi pilihan untuk menjinakkan anak-anak buah Louis van Gaal di Stadium Lusail.

Lionel Messi yang akan membuat penampilan terakhir pada Piala Dunia mahu membawa pulang satu-satunya kejuaraan yang tidak pernah dimenangi sepanjang karier bola sepaknya yang gemilang.

Begitupun, Messi akan berdepan benteng kebal, Virgil van Dijk yang hanya bolos dua kali dalam empat perlawanan di Qatar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya