Bierhoff jadi korban pertama kegagalan Jerman

Bierhoff jadi korban pertama kegagalan Jerman

BIERHOFF bersetuju untuk melepaskan jawatannya dua tahun lebih awal sebelum kontraknya tamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Pengarah pasukan kebangsaan Jerman, Oliver Bierhoff menjadi ‘korban’ pertama selepas skuad Piala Dunia mereka tersingkir seawal peringkat kumpulan pada edisi di Qatar.

Bierhoff yang merupakan bekas pemain Jerman bersetuju untuk melepaskan jawatannya dua tahun lebih awal sebelum kontraknya tamat dan ia dipercayai ada kaitan dengan prestasi pasukan itu di Qatar.

Bierhoff yang telah memegang jawatannya sebagai pengarah pasukan sejak 18 tahun lalu, dikritik secara meluas berikutan kejutan dua kali berturut-turut mereka tersingkir awal di Piala Dunia.

“Bierhoff telah memenangi banyak kejayaan untuk Jerman.

“Namun, beberapa kejohanan terakhir berakhir dengan kegagalan dan tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan,”kata Presiden Persatuan Bola Sepak Jerman, Bernd Neuendorf.

Bierhoff memainkan peranan dalam membantu Jerman memenangi gelaran juara dunia terakhir mereka pada 2014 di Brazil dan Neuendorf berkata, jasa Bierhoff tidak akan dilupakan.

“Dia akan sentiasa dikaitkan dengan kejayaan Piala Dunia di Brazil walaupun ketika pasukan bergelut dia sentiasa mengikuti matlamat dan visi kami,” katanya.

Jerman tersingkir daripada kejohanan di Qatar selepas tewas kepada Jepun, seri dengan Sepanyol dan hanya mencatatkan satu kemenangan ke atas Costa Rica dalam perlawanan terakhir Kumpulan E.

Jerman juga telah tersingkir daripada Piala Dunia 2018 pada peringkat kumpulan selain gagal melepasi pusingan 16 pada Euro 2020 tahun lalu.- Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya