Bewar tumpang tuah Ronaldo

Bewar tumpang tuah Ronaldo

BEWAR Abdullah bergambar bersama peminat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki yang mempunyai wajah seiras Cristiano Ronaldo menikmati kelebihan itu apabila disayangi wanita dan peminat pemain bola sepak terkenal tersebut, malah dia juga sering mendapat permintaan pertolongan daripada mereka.

Bewar Abdullah, 28, dari ­Birmingham pernah mendapat tempahan bagi majlis hari jadi kanak-kanak ekoran wajahnya yang seiras dengan bintang Portugal itu.

Bewar juga mendedahkan, dia menerima banyak perhatian terutama daripada golongan wanita walaupun selepas penyerang ­sensasi itu keluar dari Manchester United.

Terdahulu, dalam perlawanan Piala Dunia 2022 pusingan 16 ­terakhir antara Portugal dan Switzerland malam kelmarin, Ronaldo hanya diletakkan di bangku simpanan meskipun pasukannya memperoleh kemenangan selesa 6-1.

Lebih memilukan, pengganti­nya, Goncalo Ramos berjaya menjaringkan hatrik yang cemerlang dalam perlawanan yang melayakkan Portugal mara ke suku akhir.

BEWAR ABDULLAH

Ujar Bewar yang berasal dari Kurdistan penampilannya itu membuatkan dia sangat popular apabila keluar di khalayak ramai.

“Ramai orang mendekati saya dan minta untuk mengambil gambar dan video.

“Kadangkala mereka menjerit ‘Ronaldo’ apabila melihat saya. Peminat menganggap kami seperti epal yang dibelah dua kerana sangat serupa.

“Apabila saya menonton perlawanan Portugal bersama orang ramai, suasana di situ sangat bagus.

“Mereka menunggu Ronaldo menjaringkan gol supaya saya boleh melakukan ‘Siu’.

“Semua ini menjadikan saya memasang impian untuk bertemu Ro­naldo yang sebenar satu hari nanti.

“Peminat juga menjemput saya ke majlis hari jadi anak-anak mereka sebagai hadiah.

“Saya datang dan bertanya khabar, dan itu buatkan mereka sangat gembira,” katanya.

Bukan itu sahaja, Bewar juga berkata dia didekati ramai wanita yang merayu untuk keluar bersamanya.

“Saya juga menarik ramai ­wanita,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.