Belanda mara ke suku akhir, benam AS 3-1

Belanda mara ke suku akhir, benam AS 3-1

PEMAIN Belanda meraikan kejayaan mereka mara ke suku akhir Piala Dunia 2022
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Belanda menepati ramalan mara ke suku akhir Piala Dunia 2022 selepas menewaskan Amerika Syarikat (AS) 3-1 di Stadium Antarabangsa Khalifa sebentar tadi.

Memphis Depay berjaya meletakkan Belanda di hadapan pada minit ke-10 selepas menyudahkan hantaran silang Denzel Dumfries dari sebelah kanan pintu gol yang dikawal Matt Turner.

Pada minit ke-42, AS berpeluang untuk menyamakan kedudukan namun, rembatan voli menarik Tim Weah berjaya diselamatkan penjaga gol Belanda, Andries Noppert.

Dumfries sekali lagi memainkan peranan untuk gol kedua skuad kendalian Louis Van Gaal apabila hantaran lintangnya disudahkan Daley Blind pada masa tambahan separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, AS memperkemaskan rentak permainan dan melakukan serangan bertali arus ke gawang Belanda dan hasilnya mereka berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-76 menerusi pemain gantian Haji Wright.

Bagaimanapun, kebangkitan yang direncanakan anak buah Gregg Berhalter tidak bertahan lama apabila Belanda berjaya menjarakkan kedudukan dengan gol ketiga pada minit ke-81 menerusi Dumfries.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Orange akan menempah pertemuan dengan pemenang antara Argentina dan Australia yang dijadualkan berlangsung pada pukul 3 pagi.-Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.