Arul mahu jentera serangan Malaysian Tigers lebih tajam

Arul mahu jentera serangan Malaysian Tigers lebih tajam

SKUAD hoki negara mengharungi perlawanan persahabatan menentang Afrika Selatan di North West, Potchefstroom sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki negara perlu segera mempertajamkan corak serangan seandainya mahu mara lebih jauh menjelang Kejohanan Piala Negara-Negara di Potchefsroom, Afrika Selatan yang bakal membuka tirai Isnin depan.

Demikian gesaan ketua jurulatih hoki negara, Arul Selvaraj selepas anak buahnya sekadar seri diikat 1-1 oleh Afrika Selatan dalam aksi persahabatan yang berlangsung di North West, Potchefstroom sebentar tadi.

Gol skuad negara dijaringkan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Azrai Aizad Abu Kamal pada minit ke 45.

“Untuk kejohanan ini saya harap akan ada perubahan drastik dari segi pertahanan, hantaran dan penyudah di hadapan pintu gol lawan. Itu semua menjadi fokus utama kami,” jelas Arul.

Malaysia bakal memulakan kempen Piala Negara-Negara dalam kumpulan B bersama Korea Selatan, Jepun dan Kanada.

Sementara aksi kumpulan A pula menyaksikan persaingan antara Pakistan, Perancis, Ireland dan Pakistan.

Juara kejohanan bakal memperoleh tiket automatik beraksi di Liga Pro FIH pada musim 2023-2024.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.